Wednesday, October 27, 2010

BENCANA ALAM DAN AKHIR ZAMAN

Mutakhir ini, kita dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang berlaku. Tidak perlu pergi jauh, kita lihat sahaja di negara jiran kita, bermula dengan jerebu beberapa minggu lalu seterusnya kepada letusan gunung berapi marapi dan bencana Tsunami di Sumetera.

Kesemua bencana alam ini adalah untuk memberi peringatan kepada kita bahawa tiada kuasa yang lebih besar melainkan kuasa Allah. Bumi sudah tua dan telah hidup lebih dari berjuta tahun yang lalu. Kini bumi sudah tidak mampu untuk meneruskan hayatnya dan kemaksiatan manusia yang berkeliaran diatasnya.

Kini masanya adalah untuk menambahkan amal ibadah sebagai bekalan menuju kehidupan yang lebih kekal. Saya lebih mengingatkan dan berpesan kepada diri saya sendiri supaya tidak leka dengan keindahan & kecantikan dunia yang sementara.

Ingat, bencana alam boleh membawa kematian dan tidak mengenali sesiapa untuk diragut nyawanya melainkan dengan Izin Allah.

No comments:

Post a Comment