Wednesday, November 3, 2010

Winter

Salam Kembali,

Setelah beberapa hari tidak menggerakan jari jemari di laman ini, hari ini ku titipkan beberapa cerita untuk dikongsi bersama. Cewah marah pulak Dr Azeli nanti hahahahah. 

Berada di bumi asing kita dihidangkan dengan pelbagai cuaca dan musim. Berbeza dengan tanah air Malaysia, kita juga ada beberapa musim, antaranya musim hujan musim buah dan musim perayaan ( musim juga ). Penghujung tahun negara kita akan menghadapi musim hujan dan kebiasaannya negeri-negeri di pantai timur dan utara akan bersiap siaga dengan sebarang kebarangkalian banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Semalam banjir telah melanda. Seorang warga Jerman telah dihanyutkan oleh arus deras sungai di utara tanah air. 

Semalam juga hujan lebat telah melanda kota kiblat solat umat Islam. Purata taburan hujan semalam di kota Makkah di kawasan yang berisiko tinggi menunjukkan taburan sebanyak 25 - 35 mili, antaranya Jalan haji, Jalan lebuhraya ketiga dan Jalan Shuhada. Seperti kebiasaanya di negara yang jarang menerima hujan, apabila turunnya hujan akan meningkat kadar kemalangan pada hari tersebut.

Cuaca di Kuwait pada hari ini ( 03 Nov 2010 ) sekadar rebas beratapkan awan mendung ( ntah apa-apa tah ayat ). Dalam cuacan yang mula sejuk ni, kebarangkalian untuk menghidupkan motor diraja ( warna kuning je ) sedikit susah sebab motor tu pakai penyejuk. Juga memandu motorsikal pada musim sejuk memerlukan pemandunya memakan sebanyak mungkin lemak dan memakai pakaian yang tebal. 

Pesanan : - Musim sejuk mandi air sejuk. Tak percaya ? 

No comments:

Post a Comment