Sunday, October 17, 2010

MARI TENGOK BERMAKSIAT

Dewasa ini, saban tahun lambakan program realiti ( macam real sangat ) bak cendawan tumbuh dimusim hujan. Bermula dengan AF sebagai pemangkin ( walaupun dari RTM dah ada dah Bintang RTM dulu ) pada Jun 2003 ( sumber wikipedia ), Malaysia Idol, Geng Star hinggalah yang terbaru, mari menari terbitan Astro.
Rancangan realiti yang berpaksikan barat sudah menjadi tajuk utama dalam diari kehidupan masyarakat dan media masa Malaysia. Rancangan yang memaparkan realiti kehidupan seseorang dalam mengejar impian menjadi seorang yang dikenali dengan bakat dan rupa paras telah menghasilkan satu gelombang yang melanda dunia penyiaran dan hiburan tanah air.



Berbeza dengan rancangan realiti berbentuk ilmu, rancangan realiti hiburan menguasai carta program realiti kebangsaan. Secara amnya kita melihat rancangan ini menggalakan atau penyumbang kepada pergaulan bebas, mengajar berbuat maksiat. Berpegang tangan, melalak, menjerit dan melompat-lompat sehingga terbuka aurat ( padahal aurat sudah terbuka ). Adapun rancangan realiti berbentuk agama atau ilmiah dianak tirikan pada mulanya, cuma kebelakangan ini ianya mendapat perhatian seluruh dunia iaitu Imam Muda. Pertambahan rancangan Mari Menari terbitan astro setelah Mari Berdansa, melihatkan Astro sekadar mencari keuntungan atas kelalaian bangsa / rakyat Malaysia berbanding program ilmiah yang dihasilkan. Selepas artis berjoget kini tiba peserta bukan artis pula menyertai pertandingan ini.  Lepas ni anak-anak akan melihat mak bapak mereka berjoget. Inilah input yang dikehendaki oleh masyarakat zaman moden, ilmu tari menari. P:s / :- Teringat pesan Tuan Guru, jika mahu melihat perangai / kredibiliti pemimpin sesebuah negeri / negara, lihat apa yang rakyatnya lakukan setiap hari.

No comments:

Post a Comment