Wednesday, December 1, 2010

DOA NOT ACCEPTED

ادعني استجب لكم 

Satu ketika dahulu di negeri Basra, telah berjalan Ibrahim Adham ( seorang sufi, bekas seorang raja & dari golongan bangsawan arab yang kaya raya) dan berlalu di sebuah pasar, lalu berkerumun orang di sekelilingnya dan berkata kepadanya : 

Wahai Abu Ishak; Sesungguhnya Allah berfirman : أدعني استجب لكم " berdoa ( minta ) kepadaku, akan ku perkenan bagimu. " Kami berdoa semenjak dahulu namun doa kami tidak diperkenankan. Berkata Ibrahim Adham : Wahai penduduk Basrah, telah mati hati kamu disebabkan sepuluh perkara :

1. Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hak-haknya
2. Kamu membaca Al Quran tetapi tidak beramal dengannya
3. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya.
4. Kamu mendakwa memusuhi syaitan tetapi bersepakat dengannya ( perbuatan kamu )
5. Kamu mengatakan kamu cintakan syurga tetapi tidak berusaha kearahnya.
6. Kamu mengatakan kamu takutkan neraka tetapi kamu menggadaikan diri kamu kepadanya.
7. Kamu mengatakan bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya.
8. Kamu sibuk dengan keburukan saudara-saudara kamu tetapi kamu menyorokkan keburukan / keaiban diri kamu.
9. Kamu menikmati nikmat-nikmat Allah tetapi tidak mensyukurinya.
10. Kamu menanam orang-orang yang mati tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.

Mari kita mengingati diri kita agar tidak terlalai dengan nikmat dunia.

No comments:

Post a Comment