Saturday, November 13, 2010

BABI !!!!! PEGADA ....

Pergh tajuk memang tak diduga, tapi itu adalah kenyataan yang selalu kita dengar dan terpakai ( secara sengaja @ tidak ) hahaha dalam ucapan harian.

gila babi...
babi kau ....
babi betul

Itu adalah contoh babi-babi yang boleh diguna pakai. Adapun babi-babi yang tidak boleh diguna pakai, antaranya adalah seperti berikut :

bela babi.
pegang babi.
makan babi.
pakai barangan hasil dari babi

Dikatakan babi ni ada keistimewaan dan kelemahan ( maksudnya  baik dan buruk )... kaji sendiri ye,....

Kasut jenama pegada dari Brazil menggunakan kulit babi... jadi jangan beli atau berhajat nak beli kasut pegada.. 


Wednesday, November 10, 2010

Gambo Haji dulu - dulu

Jom tengok gambar haji jaman dulu2.... bosompono dongan musim haji ni....  hahah tulis pun cam dulu2 jugak....


PINTU MASUK KAWASAN HARAM


 JEMAAH TIBA DENGAN KAPAL LAUT



Tuesday, November 9, 2010

kamera + tripod

"tak boleh amik gambar pakai tripod, kalau tak pakai tripod tak pe"

Apo bezo ei? *#&^@JNU_@$*. bukan ko samo amik gamba namo ei.

Pueh kaji, ghupo ei takut oghang exsploitasi kawasan ei masuk dalam pertandingan. nanti dapek hadiah dapek duit dio x dapek.. bukan ko &$#@- namo ei. oghang nak promote tompek ko. osah kotinggalan zaman + mato duitan.

Pomikiran jumud camni pun ado lai kek jaman camni.. ingek x do dah sumo dah maju dgn IT ...

PODULIK APO DEN

Sunday, November 7, 2010

HTC OH HTC DESIRE HD .....

Hp yang ditunggu-tunggu akhirnya sudah dilancarkan.

Amazon       UK         : KD 185.00 
Mygsm.me Dubai        : KD 225.00 

So Jahid ko nak aku belikan tak? hahaha 

NEW ISLAMIC UBUNTU ( SABILY 10.10 )

1st Nov 2010, a new version of OS for computer and laptop launched. Basic on Islamic version, SABILY was choose to be commercial name of new OS based on UBUNTU system of Linux.

Yesterday, finally I'm installed my Hp laptop to Ubuntu Sabily 10.10 Al Quds. With nice wallpaper and program we got electronic Al Quran, Prayer time & Qiblah, Tazkira and etc. As usual green is main favorite for Islam products color. ( non politic topic )  Do not get me wrong. hahahah

You can get all information even in Malay on all this link :

http://mysabily.meta.my/
http://sabilymalaysia.blogspot.com/
http://www.sabily.org/website/

But now, i try to play with some awesome graphic on Ubuntu, maybe I need to upgrade my laptop to be latest product with great graphic or I didn't know how to setup it ..


Ubuntu now coming fast even i compared with our office desktop using window 7 with good materials hardware. Soon will kick 100% Windows from my laptop.

Get free OS here : www.ubuntu.com

See ya...

Salam

Wednesday, November 3, 2010

PANDANGAN HAKIKI

" Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih"


Begitulah bait bait lirik nasyid kumpulan Hijjaz yang penuh dengan makna yang tersirat. Seperti sabda Nabi S.A.W  :

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب

"Sesungguhnya dalam tubuh manusia terdapat seketul daging, Jika baik maka baiklah keseluruhannya jasad dan jika buruk, buruklah jasad keseluruhanya, itulah hati."

Hati inilah yang menggerakkan keseluruhan perbuatan manusia selain diberikan akal fikiran. Hati adalah asas kepada tasawuf / taqarub kepada Allah Ta'ala.  


Akal, nafsu dan hati berkaitan dalam menentukan perbuatan seseorang insan. Perbuatan yang dilahirkan dari pandangan hati yang bersih adalah kesan dari hubungan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Acapkali kedengaran kisah-kisah ajaib wali-wali Allah yang dikurniakan kelebihan melampaui kekuasaan atau kemampuan manusia biasa. 


Antara kisah yang berlaku termasuklah kisah Saidina Umar memberi arahan kepada tentera Islam yang berada jauh dari Madinah sedangkan Saidina Umar berada di Madinah sedang memberi khutbah. Juga terdapat kisah berkaitan Saidina Ali yang mengeluarkan hukum / keputusan atas tuduhan seorang wanita yang menfitnah seorang lelaki telah berzina dengannya lalu membawa kain yang didakwanya kesan dari air mani lelaki tersebut. Walhal wanita itu menyapukan putih telur diatas kain tersebut.


Kisah ilmu hati ( kasyaf ) tidak dapat diperolehi dengan semudahnya. Tatkala kita sebagai insan biasa ingin memiliki kasyaf, orang yang bertaqwa yang memiliki kasyaf tidak mampu menanggung kehebatan ilmu kasyaf tersebut. Orang yang memiliki pandangan hati yang hakiki atau kasyaf ini tidak meletakkan keperluan atau kemewahan dunia dalam hati mereka, tetapi meletakkan dunia dan isinya pada tangannya. Bermaksud, hingga diberikan kekayaan hatinya tidak berasa sayang dengan harta tersebut bahkan sanggup menginfakkan kejalan Allah tanpa rasa rugi. Harta yang diinfakkan akan bertambah bahkan ketaqwaan kepada Allah. Berdoa kepada Allah agar di tetapkan iman dijauhkan hati dari dunia seperti doa di bawah :


اللّهُمَّ أجْعَلْ الدُنْيَا فِي أَيْدِنَا وَلاَ تَجْعَلْهَا فِي قُلُوْبِنَا.

"Ya Allah Jadikanlah dunia pada tangan kami dan janganlah jadikannya pada hati kami"

Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah.



Winter

Salam Kembali,

Setelah beberapa hari tidak menggerakan jari jemari di laman ini, hari ini ku titipkan beberapa cerita untuk dikongsi bersama. Cewah marah pulak Dr Azeli nanti hahahahah. 

Berada di bumi asing kita dihidangkan dengan pelbagai cuaca dan musim. Berbeza dengan tanah air Malaysia, kita juga ada beberapa musim, antaranya musim hujan musim buah dan musim perayaan ( musim juga ). Penghujung tahun negara kita akan menghadapi musim hujan dan kebiasaannya negeri-negeri di pantai timur dan utara akan bersiap siaga dengan sebarang kebarangkalian banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Semalam banjir telah melanda. Seorang warga Jerman telah dihanyutkan oleh arus deras sungai di utara tanah air. 

Semalam juga hujan lebat telah melanda kota kiblat solat umat Islam. Purata taburan hujan semalam di kota Makkah di kawasan yang berisiko tinggi menunjukkan taburan sebanyak 25 - 35 mili, antaranya Jalan haji, Jalan lebuhraya ketiga dan Jalan Shuhada. Seperti kebiasaanya di negara yang jarang menerima hujan, apabila turunnya hujan akan meningkat kadar kemalangan pada hari tersebut.

Cuaca di Kuwait pada hari ini ( 03 Nov 2010 ) sekadar rebas beratapkan awan mendung ( ntah apa-apa tah ayat ). Dalam cuacan yang mula sejuk ni, kebarangkalian untuk menghidupkan motor diraja ( warna kuning je ) sedikit susah sebab motor tu pakai penyejuk. Juga memandu motorsikal pada musim sejuk memerlukan pemandunya memakan sebanyak mungkin lemak dan memakai pakaian yang tebal. 

Pesanan : - Musim sejuk mandi air sejuk. Tak percaya ?